MERASA diri ini hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah oleh Allah, statment tersebut biasa SP dengar... Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)
Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa.
Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)
MUSLIMAT BOLEH :)
1 comment:
Assalamualaikum...
Menarik isu yang dibawakan....
Hinanya diri di hadapan manusia tidak boleh di samakan dengan hinanya di di hadapan ALlah.. Kerana biarlah kita miskin kedudukan di hadapan Manusia jangan kita miskin ibadah di hadapan Allah...
bersama muhasabah diri kita di mana...
Semua Insan yang diciptakan Allah adalah sama walaupun berbeza pangkat, keturunan dan ilmu. Namun Takwa di hadapan Allah menjadi kayu ukur dalam diri masing-masing.
Post a Comment