Monday, December 1, 2008

Destinasi Cinta yang Dicari





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Ya Allah Perkenankan lah jika baik untuk AgamaMU

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

P/S syukran sahabiyyah sefikrah

Friday, November 28, 2008

Program Kepemiminan

Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam
Sek Men & Ren.
W. P. Labuan 2008/1429H

Tarikh :
28-30 Oktober 2008

Tempat :
Pusat Kokurikulum Negeri, Kg Ganggarak.

Penganjur:
Jabatan Pelajaran W.P. Labuan

Peserta :
1. Alhamdulillah seramai 200 orang telah pun mendaftar sebelum tarikh kem. Majority adalah daripada sekolah rendah yang baru sahaja tamat peperiksaan besar UPSR.

Fasi :
1. Terdiri dari kalangan ahli BADAR
2. Seramai 7 Muslimin dan 10 muslimat

Modul
1. Kepimpinan Rasulullah S.A.W
2. Kajian Kes Nadwah
3. Amali: sembelihan Dalam Islam
4 Aulawiyyat

Gambar Program:

Bersama adik-adik tercinta Saiful, Azam, Fiza, Afiqah, Dayang, Izzah, Syafiqah dan Nisa


Jom Riadah...




Praktikal Solat...

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Bahwa hati-hati ini telah berkumpul
untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu,
Bertemu untuk taat kepadaMu,
Bersatu dalam rangka menyeruMu,
Dan berjanji setia untuk membela syariatMu,
Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya...
Ya Allah...
Abadikanlah kasih sayangnya,
Tujukkanlah jalannya,
Dan penuhilah dengan cahayaMu
yang tak akan pernah redup,
Lapangkanlah dadanya
dengan limpahan iman
dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidupkanlah dengan ma'rifahMu,
Dan matikanlah dalam keadaan
syahid dijalanMu...
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong.

Saturday, October 25, 2008

" Setiap Kebun ada Buahnya"

Khas buat teman seperjuanganku,

Teringat satu malam ada seorang “Doremon” datang ke bilik seperti ingin meluahkan sesuatu, waktu tu saya sibuk dengan persediaan presentation untuk semester ni… tanpa membuang masa saya terus focus kepada doremon tersebut.. (tu nama manja mereka)
Disini bukan saya ingin menceritakan tentang Doremon ataupun assignment tapi ungkapan yang saya berikan kepada Doremon tersebut “Setiap Kebun ada Buahnya”

Ungkapan bermakna itu boleh kita related kan dengan mengambil kelebihan dan menolak kekurangannya..... dan ia semua bersifat bebas dan damai.... setiap kebun ada buahnya....kalau setiap kaedah ada kelebihan tersendiri... kita kaitkan dalam hidup kita sebagai manusia dan hamba di bumi Allah ini, setiap daripada kita ada kelebihan dan keistimewaan masing - masing...

Shila, ana tak da apa-apa, tapi ana ingin istiqomah dalam Islam……



Saya terus bertanya…
Cuba Nti bayangkan umur budak 2 tahun dengan 8 tahun.
Ada perbezaan tidak Nti?
(Dia merenung mata saya seolah-olah memerlukan pengharapan untuk terus berjuang..)

Saya terus memberi jawapan...

Ya.. ada perbezaan dan sangat berbeza
Begitu la kita Nti, mungkin kita baru kenal erti perjuangan, erti ukhuwwah seolah-olah kita sedang berlatih berjalan tapi hakikatnya kita asyik terjatuh dan kita perlukan banyak latihan dan bimbingan…

Kalau budak yang berumur 8 tahun tadi boleh berjalan seperti biasa, sangat cekap dalam tugasannya, bernas pemikirannya, tetap pendiriannya, tertip jadualnya.. walhal kita?


Nti…
Allah ciptakan manusia dengan sebaiknya dan ada keistimewaan masing - masing..... oleh itu, tidak perlulah kita melihat diri kita ini teruk, tidak berguna dan sebagainya hingga wujud perasaan rendah diri, hasad dengki, cemburu, khianat dan sebagainya yang negatif.... akibatnya, syaitan mlompat girang, masyarakat terus tumbang, agama makin hilang, negara berantakan.

Nti...
jika kita asyik menghitung apa yang kita tiada, maka rugilah kita sebab no point... apa pun tak dapat... kerana Allah bagi kita macam-macam Nti.... tidak terhitung dan tidak ternilai ....lihatlah kepada apa yang kita ada dan bersyukurlah..... jika mahu membuat perbandingan, lihatlah pada orang yang tiada atau yang lebih susah dari kita...

Wednesday, October 15, 2008

" Ya Allah Selamatkan Mujahidah Kembar"




“ Hari ini hari lahir mu..
Hari ini hari ulangtahunmu..
Hari ini bertambah lagi usiamu..
Hari ini bertambah jua tanggungjawabmu…

Hari ini akan menjadikan dirimu llebih matang dek ujian yang bakal mendatang
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak duri dalam ranjau pejuang
Hari ini Allah pendekkan lagi jarak waktu pertemuan kau dan DIA..

Semakin berkurang tempoh untuk beramal..
Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu..
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput..
Semakin dekat masa amalan di hitung..
Semakin hampir haruman firdausi
ATAU


Semakin hampir bahang pedih neraka jahannam..
Aku tak akan tahu kau akan ke mana..
Dan Aku juga tak akan tahu aku akan ke mana..
Oleh itu gunakan lah kedewasaan itu 1 peringatan yang menakutkan bagimu..
Ayuh mari bersama kita penuhi ruang kehidupan yang tidak abadi dengan tuntutanNYA


~ SALAM HARI LAHIR KE 22 BUAT SAHABIYYAH KU HASEMAENI & HARMENI BTE BEDDU

Tuesday, October 14, 2008

"Hidup itu Sendiri Adalah Penjara"

Hari ini kita akan berbicara mengenai 'penjara.' Penjara pertama yang harus Anda cari dan lihat adalah hidup itu sendiri. Bila Anda melihat kehidupan sebagai penjara, dan melihat penjara sebagai penjara, maka dapat dikatakan bahwa Anda mengetahui dengan baik kebenaran alam.
Namun, kebanyakan orang melihat hidup sebagai sesuatu yang menyenangkan, sebagai kesempatan untuk bersenang-senang. Mereka rela hidup demi kenikmatan hidup. Kemudian mereka menjadi tergila-gila dan terpikat pada kehidupan.
Karena mereka tergila-gila dan terperdaya oleh kehidupan inilah yang membuat kehidupan itu sendiri menjadi penjara.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih memahami.."

Thursday, September 18, 2008

" Jangan Mudah Merajuk "

'Jangan merajuk', itulah yang dipegang Ketua Penaja Muslimat PAS Putrajaya, Marsita Abdullah, sekiranya program yang dijayakan tidak disanjung atau mendapat liputan meluas,

Beliau yang menyertai PAS sejak 1985 itu, mengakui bimbang jika program yang 'sedikit' tetapi dibesar-besarkan, akan menimbulkan rasa riak dan bangga dalam dirinya hingga menyebabkan 'ganjaran' yang diterimanya berkurangan.

'Bagi saya, apa yang saya lakukan itu dilihat dan dihitung di akhirat kelak. Rakyat hari ini pun sudah pandai menilai segala gerak kerja yang kita lakukan demi kebaikan mereka,"
kata beliau, yang gigih berniaga kecik-kecilan.

Marsita yang dibawa masuk ke dalam PAS oleh suaminya, mula memegang jawatan pertama sebagai Ketua Muslimat PAS Lembah Pantai. Menariknya, perlantikan itu berlangsung di Restoran Amjal, sebuah restoran yang cukup dikenali ramai.

Menyedari perananya yang mencabar di Putrajaya, beliau sering mengingatkan golongan muslimat di sana agar lebih berani dan mencontohi sejarah kegemilangan tokoh wanita terdahulu seperti Saidatina Khadijah dan Sumayyah.

Ternyata, semangat juangnya tidak pernah luntur biarpun begitu sukar mengerakkan golongan wanita di pusat pentadbiran kerajaan itu, lebih-lebih lagi beliau mendapat sokongan bu kepada tiga orang anak ini, seringkali berbincang dan mengambil tahu tentang permasalahan dalaman parti sebelum melangkah ke dalam masyarakat bagi mengukuhkan dan menambahbaikan pendekatan muslimat.

Biarpun sibuk dengan perjuangan parti, apatah lagi sebagai seorang isteri kepada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamada Nor Mohamad, Marsita tidak pernah mengabaikan anak-anaknya kerana sering membawa bersama-sama ke mana sahaja beliau pergi.

"Anak-anak membesar dengan perjuangan. Ke mana sahaja saya dan suami pergi, anak-anak akan ikut. Oleh sebab itu, anak-anak tidak pernah terabai. Atas sebab itu juga, sehingga kini saya diberi kepercayaan untuk bersama parti, " kata beliau.


Namun, bagi menjayakan muslimat di kawasannya, Marsita seringkali mengingatkan bahawa perpasuan dan kekuatan wanita itu umpama penyalu lidi yang mempunyai ikatan yang kuat. Maka, kuat ikatan tersebut, kuatlah penyapu tersebut.
"Ya Allah, pandangkanlah usaha kami ini dengan pandangan RahmatMU"


Monday, September 15, 2008

" Cepatnya terasa "

Saya lekas terlelap malam itu, hati saya seakan menyerah... Saya diberi tugas yang terlalu menuntut perhatian saya. Saya ini, orangnya susah menggeleng.... Tiada ruang walau sekecil syiling 5 sen untuk berfikir. Emosi saya sudah sendat. Tertekan. Yang saya dapat lakukan waktu itu hanya menangis bagai empangan pecah. Jika ada bahu untuk saya menangis, mungkin habis basah bajunya. Waktu itu, saya hanya perlukan teman untuk hamburkan ketegangan hati. Cukup untuk mendengar apa yang saya ingin katakan, supaya saya tidak lari buat kali k? teringat kisah lama…


Salam buzy tak sekarang?”. Mesej sent.


Saya mengirim mesej. Setelah beberapa saat.“ Tak. Kenapa?


Tidak lama setelah itu hp bergetar. Saya jawab.... Sedikit demi sedikit terkupas keping-keping beban yang menyelaput hati.“ Nak tanya sikit boleh?”. Saya diam.


Ya, tanyalah.“ Dok pulun buat dakwah sana-sini, letih sampai tak sempat nak rehat. Ada rasa tak CINTA Allah tu dalam hati? Kali ini. Saya kelu. Memang tiada jawapan.“ Adik…, Tanya hati tu betul-betul, apa yang nak dikejar sebenarnya dengan buat ibadah, dakwah tu? Kalau cinta Allah tu tak dapat rasa. Kita masuk syurga bukan sebab belambak amalan kita himpun. Masuk syurga sebab Allah sayang kat kita. Bila Allah sayang, Allah bagi rahmat. Tu yang sebenarnya. Bawalah segunung ibadah, tapi jika RASA Allah tu hidup dalam hati kita pun kita tak dapat, jangan cakap banyakla”

Sungguh. Nasihat ini keras... memang pedih... Dia seorang yang keras dalam menasihati. Kerana itu hati saya mudah tersentuh. “ Ni dengar ni, shahirla!!!!!!, pengemis yang dok tepi jalan, tapi jiwanya, matanya asyik nampak Allah kat mana-mana, lebih baik dari pendakwah yang hati kosong, tapi amalan melimpah. Tak pun, lagi baik, pemancing ikan yang sedang memancing, lalu dia mengagumi setiap kejadian alam yang dilihatnya sampai berbuah-buah cintanya pada Allah. Tapi kita? Dapat apa


itula dik, memang banyak antara daei kita ni, buat kerja saja banyak, tetapi, berapa banyak yang amalan dia tu sampai kepada Allah. Kebanyakan kita lupa nak cari permata yang itu, yang hanya satu-satunya menjadi kunci keramat untuk membuka pintu syurga. Cari yang itu dulu. Tenangkan diri "dan katakanlah bahawa Aku lebih dekat dari urat lehermu.." Saya meraba urat leher. Di mana Allah dalam hatiku...
Saya ingin memperbaiki diri di bulan Ramadhan ni, sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jika aku bersedih tanpa kata.. Pujuklah aku dengan zikir Pencipta.. Jika aku lemah tak bermaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan.. Ajaklah aku meleraikan segera.. Jika pernah hatimu terluka.. luahkanlah agar aku berubah.. Dan.. Jika esok kulena tanpa terjaga.. Iringilah lenaku dengan kalungan doa...Berjanjilah untuk kita selalu mencari cinta Pencipta..

" No Choice No Demand "


“ Perjuangan itu satu perjalanan yang penuh dengan ujian yang akan menjelma” Bulan Ramadhan ni betul-betul bulan untuk melatih diri saya untuk lebih mengenal pencipta, Semangat saya untuk menekuni dan menghayati usrah malam itu memang luarbiasa... perasaan rindu untuk bertemu anak-anak usrah begitu mencengkam hati dan yang paling penting bersemangat untuk mendengar luahan anak-anak usrahku… Mahira, Murlida, Atirah, dan senegeriku Azlina... Untuk tambahan pengisian kepada anak-anak usrah, saya hidangkan dengan kisah Ukhuwah, maklumla muslimat kaya dengan ukhuwwahnya…


Terdetik di hati bila memikirkan medan sebenar… dan saya mulakan dengan bercerita… “ bila tempat tinggal kita sudah mula berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, bilamana kita telah berubah dari alam kampus ke alam rumahtangga, dan juga bilamana kita mula bekerja dan memperolehi gaji yang banyak…..”, itulah situasi permulaan yang biasanya akan menjadikan seseorang ahli jamaah islam merasa lemah dalam perjuangannya...ada yang meminta izin dengan alasan untuk ‘berehat’ seketika, ada yang mengelak dari terlibat dengan perjuangan dengan bermacam-macam alasan..dan ada yang berhenti terus dari perjuangan!!...pesan sahabat saya


saya sendiri tidak mempu untuk menghurai dengan panjang Cuma bila melihat anak-anak usrah kelihatan lemah ibarat terbuku bermacam-macam masalah, sekaligus menguris hati ini melihat mereka menanggung sendiri, itulah tarbiyyah di Bulab Ramadhan (saya berbisik sendiri)… sampai satu ketika ada yang bermalam di bilik memgejutkan saya untuk berqiamulai sampai berkata" ...kak shila bangunla.. sapa nk doakan Qatrun..." cukup menyentuh hati, tiada yang lebih membahagikan melihat mereka tersenyum dalam keletihan..


Adik-adik, Ingatkan sahabat andai terlupa, kejutkan sahabat andai terlena, pimpinlah sahabat andai lemah tak berdaya, bantulah sahabat tiada lagi daya upaya, untuk terus iltizam dengan jalan ini. Kerana…Perjuangan itu satu tuntutan..bukan pilihan…


Kita bukanlah abid yang hebat amalannya, gigih memburu redha Allah di sepertiga malam..kita juga bukan hartawan yang memiliki segunung emas dan intan untuk diinfaqkan pada perjuangan..namun kita punyai tenaga dan kudrat untuk disumbang pada gerak kerja Islam. Itu pesanan sahabat pada saya dan saya sampaikan pada kalian sebagai sumber kekuatan..Mudah-mudahan ada bekal mengadap Tuhan dan amal yang tidak seberapa ini tinggi nilaiannya di sisi Tuhan..InsyaAllah.


" Ya Allah Kasihanilah hambamu ini"

Friday, September 12, 2008


BAITUL MUSLIM

Malam itu saya bermalam di bilik sahabat.Hurm, sengaja hendak tukar angin. Dulu ada sahabat yang ingat kepentingan melawat sahabiyah lebih-lebih lagi adik-adik ku di KAL.bnyak ia memberi peluang kepada kami untuk terus berbincang agenda-agenda dakwah yang akan datang.

“ shila dah dapat form baitul muslim?” seorang ukhti bertanya. Suasana rancak berdiskusi tadi, tiba-tiba jadi sepi. Semua mata memandang.

“ oh, tunggulah, nanti dah sampai waktunya, ada yang akan bagi form tu”

“ akak dah dapat?” dia geleng tetapi senyum. Akak..akak..

**************************************

Biarlah persoalan tentang proses baitul muslim itu menjadi rahsia dahulu. Selebihnya anda sendiri yang harus mencari supaya ia tidaklah datang daripada satu pihak sahaja.

Oklaaa

Mungkin tulisan saya kali ini lebih terarah kepada beberapa soalan sahabat-sahabat tentang posting saya ini yang berbaur pernikahan tetapi rasa keperluan untuk saya untuk membicarakan hal ini setelah mengikuti halaqah yang topiknya membincangkan, bagaimana membentuk baitul muslim.

Mungkin ada antara kita yang mengatakan:

“ apelah time study nak cakap pasal kahwin-kahwin ni"
Saya memandang segala keburukan sahsiah remaja sekarang adalah berpunca kepada kegagalan sebuah perkahwinan dalam membentuk keluarga yang Islami. Cuba fikirkan sbentar, kita ini jenis yang suka mencari cara mengatasi tetapi gagal menilai punca sesuatu masalah. Puncanya adalah institusi keluarga yang rosak sehingga merosakkan masyarakat.

Setujukah anda saya katakan, akhlak anak-anak sekarang kerana anda salah memilih pasangan! Ya, jodoh itu Allah yang tentukan, tetapi apa guna Allah memberi kita akal, agama, dan hati untuk kita pertimbangkan setiap pilihan dalam hidup? Kita berhak untuk memilih, dan usaha serta doa itu mampu mengubah takdir.

Duhai wanita solehah, jawapan dan pilihan di tangan anda. Bukan bererti setiap lamaran yang datang harus diterima, anda berhak untuk memilih si dia yang dapat bersama-sama membentuk baitulmuslim. Jika anda mengimpikan baitulmuslim, saya percaya anda membayangkan sebuah keluarga yang berjemaah dalam solat, sebuah rumahtangga yang diimarahkan dengan tilawah Al-Qur’an, yang seorang isteri menjadi madrasah kepada pembentukan pekerti mulia anak-anak, juga seorang suami yang tegas dalam menekankan hukum-hukum agama terhadap anak-anak.

Di sinilah saya yakin kepimpinan seorang lelaki dan wanita itu teruji jika mahu memimpin sebuah keluarga. Jika fikrah kita sudah terdidik menjadi sensitif dengan segala maksiat,dan berusaha mencegahnya, secara tidak langsung kita akan teranjur untuk mengutamakan pasangan dan anak-anak agar jauh daripada maksiat. Dari sinilah kita akan membawa mereka mengenal dunia dakwah dan akhirnya jatuh cinta untuk bersama-sama dengan para nabi untuk terus menyelamatkan manusia. Inilah baitul muslim yang dimaksudkan.

Thursday, September 4, 2008

Hinanya Selendang Putih Ini dihadapanNya


MERASA diri ini hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah oleh Allah, statment tersebut biasa SP dengar... Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)


Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa.


Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)
MUSLIMAT BOLEH :)

Tuesday, September 2, 2008

"Aktivis Dakwah Bersaudarala"



'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. adik mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan dakwah yang ia sertai selama ini. Fikiran adik menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. adik akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah.



Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.



Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.



Kuncinya adalah berterus-terang. Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.



Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal. Eratkan kembali ukhuwah.



Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan.
Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah. (p/s family marsis)

Monday, September 1, 2008

" Nur Ramadhan "



Akhi, Ukhti Ikhwah dan akhawat .....
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ...
Ana tidak berniat untuk menghuraikan tentang Ramadhan ditika kita sedang sibuk dgn urusan harian tapi dalam program yang jamaah kita, terasa dihati betapa amanat terdahulu masih terkumpul dan bertimbun timbun belum dilaksanakan lagi! Itu baru amanat presiden kepada kita! belum lagi amanat rasul dan amanat Allah yang telah ditaklif kan dalam kehidupan ini bermodalkan anugerah Allah berupa nyawa dan sedikit kenikmatan lain untuk membeli kembali amanat Allah dan dihadiahkan Jannatul adn kepada kita.
Apakah mampu kita akhi/ukti? membeli jannatul Adn yang mahal harganya? Apakah keringat kita selama ini dan jihad yang tak seberapa ini sudah dapat kita jangkakan untuk mengambil Jannatul Adn? Inilah dia akhi/ukti ... Muhasabah demi muhasabah yang tiada tindakan! Kenapa tiada tindakan?
Inilah yang disebut oleh abu thaiiyib AlMuthanabi
: Tidak ku dapat cela yang paling besar dalam diri seseorang selain cita citanya ingin sempurna tetapi dia tidak mau berjuang untuk mendapatkannya". Sebenar nya kita malas bermujahadah sekali pun cita cita kita tinggi. Inilah message salafus soleh setiap kali kedatangan ramadhan, ingin melihat ummat ini " BERUBAH". inilah keyword kehidupan hamba beriman, sepatutnya kita dah mampu untuk melakukan itu kerana kita telah lalui proses tarbiyah yang berpanjangan dan beulang ulang. tapi kenapa ianya tidak menjadi? ketahui lah akhi/ukti , ulama' haraki menyebut; Tarbiyah yang berjaya bukan letak pada banyaknya, mahalnya dan lengkapnya kemudahan yang ada tapi lebih kepada kemahuan yang kuat dan kreativiti serta kemahuan yang selalu diasah!!!
Wahai akhi/ukti ....Kegagalan Tarbiyah bukan kerana kita tidak boleh, tapi lebih kerana kita tidak bersabar untuk boleh, terlalu tergesa untuk mencapai hasilnya, terlalu gelabah dalam melangkah, terlalu lemah dalam mengelola, terlalu lambat untuk bergerak dan begitu banyak " sikap keterlaluan" yang kita lakukan.
Akhi/ukti ... message ini terlalu puitis tapi renungkanlah. hanya yang ingin mahu berubah saja yang memahami message ini.
Akhi/ukti ....jika banyak ana ungkapkan kalimah2 motivasi, tidak bermakna sekiranya motivasi itu hanya menjadi modal tazkirah bukan modal untuk kita mendahsyatkan potensi diri untuk berubah. Jangan kita menyerah kalah dengan nafsu serakah kita kerana telah lama kita digari dan ditarik hidung mengikut hawa nafsu yang tak pernah puas walaupun usia semakin tua...hingga kita merasakan malakatul maut tidak menziarahi kita! Ingat akhi/ukti ;

Kita dinilai dari perbuatan kita. Kebesaran jiwa kita yang menentukan tugas besar kita nampak besar. Dimata orang kerdil, masaalah yang kecik mereka nampak besar. bagi yang berjiwa besar, masalah besar terlihat kecik. marilah kita jadi orang yang berjiwa besar setelah sekian lama mendapat tarbiyah apalagi dalam menghadapi ramadhan ini!

Akhirnya akhi/ukti
ingatan ana diatas pengalaman ana yang ana lalui dalam tarbiyah, Kita tidak boleh selamanya menumpang dan hidup nikmat dibawah naungan tarbiyah. kita hendaklah memberikan yang terbaik dengan mentarbiyah diri kita untuk mampu meningkatkan potensi yang ada. Kita tidak boleh menunggu durian runtuh, kita kena kejar dan kejar peluang yang ada.
Sayyid Qutub berpesan: Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil, tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar" ini lah dia DA'I .....dan inilah tugas kita sekiranya kita ingin mati sebagai orang besar disisi Allah. terkenal di langit bersama para malaikat!

Friday, August 29, 2008

"Adakah Saya Sibuk"

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu itu lah..dll Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah sibuk kerana:
1.Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
2.Bermunajat kpd Allah setiap malam
3.Mengajar ilmu kpd umatnya setiap hari
4.Berperang di jalan Allah
5.Melayani isteri-isteri
6.Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta
menghafalnya
7.Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
8. Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
9. Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
10. Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat).
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

1.Kerja
2.Keluarga (isteri dan anak-anak)
3.Melangsaikan hutang ...
4.Dan lain-lain..
Inilah perbandingan nilai iman kita dengan iman rasulullah. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung kembali diri kita ... semoga kita dicampakkan hidayah dan insaf dengan kekerdilan diri kita ini... Wallahualam.
*/ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#f39c45 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R6fq81Th44I/AAAAAAAABNk/n1UMT99vQLE/dream-b.jpg') top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:510px; padding-left:55px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:50px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#fff url('http://lh3.google.com/jvdmds/R6fq8lTh42I/AAAAAAAABNU/5-YfPeceSQw/dream-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:321px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background: url('http://lh3.google.com/jvdmds/R6fq8lTh41I/AAAAAAAABNM/CIL_mT-l-pM/dream-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:680px; font: $pagetitlefont; margin:80px 20px 5px 80px; padding:5px; filter: blur(Strength=10); text-align:left; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 80px; text-align:left; width:680px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #fc6; border-bottom: 1px solid #fc6; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #fc6; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor; } .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:74px; background: url('http://lh4.google.com/jvdmds/R6fq81Th43I/AAAAAAAABNc/mGpFLxBBujw/dream-3.jpg') no-repeat top left; text-align:center; color: #ffc;} #footer-wrapper {margin: 0; font-size: 75%; clear: both;} #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:74px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #fff; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>