Wednesday, August 19, 2009

Terbaru Iklan RADIX KOKO


" Jom lihat iklan baru HPA di TV 9 mengenai produk RADIX KOKO.. Iklan produk muslim yang punyai maksud tersendiri.. Gempur RADIX KOK"


aku menerima satu mesej tentang iklan terbaru Produk HPA... Bangganya rasa diri ini apabila Produk HPA mampu berada dipasaran... aku juga berkeyakinan suatu hari nanti produk ini mampu membentuk individu muslim dari sudut pemakanan yang halal, sehat dan toyyiban... Jom GEMPUR RADIX.. InsyaAllah Berjaya di Dunia dan Akhirat...

Sunday, August 16, 2009

Saat Memandu Kehidupan


Ketika enak dibuai angin, derapan kereta kancil yang dipandu Nur agak kencang, suara adik Pah yang membebel sekaligus mengganggu ketenteraman adk aida menghantar mesej.... Kerisauan hatiku mengundang untuk menghadirkan diri bersama mereka, memeriahkan suasana walaupun ku tahu mereka juga binggung tentang program yang akan mereka jalani...

Tiba-tiba suara radio memecah kesunyian pagi yang sunyi... lagu Jamal abdillah cukup menghiburkan hati kami terutamanya nur..." biar pun ombak.. merubah pantai....."
cukup terhibur hati ku bersama mereka.

Kemarau yang berpanjangan dan kekeringan air di Labuan mengajar sekali lagi erti bersyukur dengan apa yang ada... Sering kali aku terlupa akan tanggungjawab aku sebenarnya... melihat isu H1N1 yang semakin menular tanpa mengira usia, aku sedikit terusik... Pernahkah selama ini aku berdoa agar umat islam dilindungi dari wabak penyakit ini, pernahkah selama ini aku selalu memohon padaNya tentang kesan wabak ini...

"Kami berlindung denganMu Ya ALLAH!

Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kekuasaan,

Kami berpaut padaMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam yang ghaib,

Dan kami bertawakkal kepadaMu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,

Jauhkanlah kami daripada wabak ini,

Lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana,

Dengan IhsanMu Wahai Tuhan Yang Maha Lembut Lagi Maha Mengetahui,

SesungguhnyaMu Ya ALLAH Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala Puji BagiMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam"

Ameen..

TERIMA KASIH atas segalanya

Seawal pukul 12pm aku sampai di lcct dan bermalam disana,
tinggalkan keluarga lagi untuk seketika, tinggalkan mereka dalam keadaan derita kesakitan akibat demam yang ditanggung, pedih jiwa melihat diri ini sekali lagi melukakan
hati-hati insan yang pernah berkorban untuk ku.
pedih lagi jika diri ini sering meninggalkan perintah dariNya.

Lambaian Labuan membuatkan aku betul rindu zaman
tarbiyyahku bersama insan yang pernah ku kenali.
Harapan langkah ku kali ini agar bersinar dan bergemerlapan sekali lagi.

Kedatangan ku disambut mesra dengan dengan rohaya dan kak jah...
Sentuhan kasih sayang mereka menyusuk dijiwa,
pengorbanan mereka menggegarkan jiwa,
dan pandangan mereka menyentuh ke jiwa

Alhamdulillah diri ini telah selamat menduduki peperiksaan,
harapan ku agar semuanya selamat,
kalungan doa agar kalian yang berkorban
untuk ku agar sentiasa dalam rahmat Allah

Ya Allah aku bersyukur dikurniakan insan seperti mereka disisiku kerana mereka sering mengingatkan ku tentang RahmatMU....


Monday, July 6, 2009

Rancang Menu Makanan Jiwa?


Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih dipanjangkan usia, diberi peluang untuk meneruskan amal ibadah. Sejak Kebelakangan ni, aku merasakan satu perbezaan yang sangat ketara. Terasa seperti dihimpit pelbagai kesulitan dan kesukaran. Cabaran yang datang bertalu-talu bagaikan tiada penghujungnya ini sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaran. Hati ini mungkin telah lama tidak menemui makanannya, mungkin juga telah lama hitam dimamah dosa, mungkin… dan bermacam kemungkinan.
Hasilnya tetap satu – tiada ketenangan


Bagaimana amalan ku???


aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan aku melangkah..
Usrah membuka lembaran kekuatan, buat hati yang sentiasa perlukan peringatan


Tuesday, May 26, 2009

Ujian Itu Rahsia Allah SWT


Bismillahirahmaniraheem..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
ika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

p/s: Artikel dari ILUV ISLAM

Sunday, May 10, 2009

HPA= Ummah?




Hpa= Ummah???
  1. Adakah kalian tahu produk HPA banyak membantu para wanita dalam urusan harian agar seiiring dengan matlamat Islam?

  2. Adakah kalian sedar penggunaan produk Islam ini satu kewajipan?

  3. Adakah kalian terfikir produk Islam ini adalah salah satunya peluang untuk membantu mengurangkan penderitaan saudara kita di Palestin?

  4. Adakah kalian cuba membantu ahli keluarga untuk dekat dengan cara hidup Islam?


..... sumanya ada ditangan kalian....

ayuh semua!!! kita ubah cara hidup harian kita dengan lebih baik, halal, berkat dengan penggunaan produk yang dijamin toyyibannya.

Alhamdulillah... satu lagi kesedaran yang Allah kurniakan kepada saya, sahabat seperjuangan, dan keluarga tentang tanggungjawab kita untuk menggunakan produk halal.. tanpa saya sedari ini ada satu kewajian kepada saya untuk mengajak semua mengetahui mengapa kita perlu kepada produk HPA??

setelah saya habis membaca menelaah blog2 yang mengisarkan tentang perjuangan produk Islam... saya lihat KESUNGGUHAN, KEYAKINAN dan TEKAD yang KUAT mereka untuk membantu ummah tanpa pernah kenal erti jemu...

Saya ingin katakan kepada ummah.. mari kita berubah.. ubah kepada cara hidup Islam yang lebih baik dalam kehidupan harian kita dengan satu tindakan iaitu UBAH KEPADA PRODUK HPA.




Friday, May 8, 2009

Coretan Khas


Saya dapat merasakan kesunyian dan kesepian yang dihadapi...

Hidup pasti diuji...

Hidup di dunia hanya sementara...

Hidup yang kekal abadi sedang menanti kita setelah kita mati.

Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi dengan dimulai dengan :-

1. Istifar.

2. Muhasabah diri.

3. Bangkitkan semangat dan harga diri yang telah jatuh merundum.

4. Yakin bahawa Allah amat menyayangi kita sebab itu ujian silih berganti datang kepada kita. Allah sebenarnya suka kita memohon, merayu, merintih minta pertolongan dari NYA.

5. Bukakan hati dan minda untuk berserah diri dan bertawakal kepada ALLAH.

6. ALLAH maha penerima taubat hambanya. ALLAH maha penyayang dan pengasih. ALLAH maha mengetahui yang nyata dan tersembunyi. ALLAH mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan berlaku kepada diri.

7. Bangkitlah semangat diri, berilah makan kepada roh yang sedang sakit itu dengan bertawakal, berzikir, bertaubat, dan merayulah, merintihlah, mohon kepada ALLAH. Pasti ALLAH bantu.

8. Kita hidup di dunia yang sementara ini, banyak2lah usaha atas agama, dunia datang kepada kita. Jika kita asyik usaha semata-mata untuk hidup di dunia, pasti kita merasa 0 ( kosong )-tiada ketenangan & kedamaian, yang ada hanya serabut segala dalam kepala & perasaan.

Sama-samalah kita saling bantu membantu, InsyaALLAH.

doa itu...

Thursday, April 23, 2009

Resipi: Tomyam Ayam Pedas;)



Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara


  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  5. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  6. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Selamat Mencuba..:)

satu masa & ketika..


Menjadi rutin adik adik saya akan mengingatkan kak shila kita puasa ya esk.....

Menjadi rutin saya juga akan berbaring dengan telekung kesayangan yang dihadiakan oleh Ibu teman ketika dahulu…

Hari ini saya mempakai telekung tgh hari sampai la ke petang… dan kdg terus ke malam…

Dalam enak menikmati hidup dengan telekung, sahabatku..kak leni membawa satu surat tawaran dari pejabat bendahari... UKM bangi.. aduiii saya dpt tempat praktikal di selangor…
Macamna dengan Labuan?
........ a'aaaa... saya simpan jauh2 keinginan itu semua labuan @ selangor.. tiba masa dan ketika.. akan saya langkah juga perjalanan ini... belajar dari kelemahan semalam... and last.... hanya padaNYA... ameen.

merenung di mana tujuan kuu....
lalu... saya cepat2 capai laptop...dan terbaca sebuah nurkilan sajak.. jom hayatiii....



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iingilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu


Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal


Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
salam Perjuangan..doakan ana yaa

:)

Tuesday, April 21, 2009

Derita Itu.. Kekuatan Ini..



Keperihatinan dan sumbangan anda semua amat diperlukan utk adik Khairul Aiman anak kepada Khairul Riaza Bin Khairudin, anak beliau dilahirkan pada 10/04/2008, mengalami sakit radang paru-paru yang serious sejak berusia 2 bulan dan sekarang berada di Hospital Besar KL. Beliau dan isteri terpaksa berhenti kerja memandang kekerapan berulang alik ke Hospital.


Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke

Khairul Raiza Bin Khairudin


No akaun Maybank berhad 162218438786


Alamat Rumah Lot 8571, Jalan Setia,

Sungai Ramal Baru,

43000 Kajang, Selangor

No. Tel 019-3925059


Semoga Allah memberi keberkatan pada anda semua

Minta jangan putuskan e.mail ni, sampaikan pada hamba Allah lain…

keluarga ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk derma atau zakat.

p/s "


Ya Allah, berilah kekuatan kepada keluarga insan ini untuk menghadapi dugaanMu.."




Friday, April 3, 2009

Mujahidah Sejati


Saya tercari-cari identiti sebenar sebagai seorang muslimat, adakah kita asyik dengan gerak kerja, study tanpa sedari kita ada kewajipan yang masih perlu kita lakukan walaupun kita digelar sebagai petugas Islam.


Sebagai contoh, seorang anak, saya suka membawa kalian untuk memandang kembali kisah Saidatina Fatimah terhadap ayahnya, rasulullah… cukup mahal bagi saya apabila mendengar cerita disebalik seorang anak perempuan yang mampu berkorban dan memahami tanggujawabnya terhadap keluarga tetapi masih mampu menyokong ayahnya menyebarkan syariat islam...


Saya terus mengkaji dan bertanya, bagaimana peranan seorang isteri?? Pada masa yang sama dikelilingi dengan kerja-kerja islam yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan…


Ianya cukup berlegar difikiran saya…


Saya sempat menelaah sebuah buku Peribadi Wanita Salafussoleh, yang saya pinjam dari bekas ibu syarikat saya satu ketika dahulu..


Saya cukup kagum dengan semangat Asma’ Bte Yazid As- Sakan yang dikenali sebagai jurucakap kaum wanita pada zaman rasulullah s.a.w.

Antara ciri-cirinya

  • Pejuang Islam
  • Akal fikiran yang waras
  • Petah berpidato


Asma sangat cemburu dengan kaum lelaki yang bebas ke sana ke mari tanpa berteman, boleh pergi berjihad sedangkan wanita tidak dapat berbuat sedemikian dan hanya duduk di rumah. Lalu segala rasa tidak puas hati itu disampaikan kepada Rasulullah. Dan Rasulullah menjawab…dengarlah wahai asma dan sampaikan kepada wanita-wanita di belakang kamu bahawa memperlakukan suami dengan baik, mengerjakan yang disenanginya dan menurut kemahuannya, semuanya itu akan menyamai semua pahala yang diperbuat oleh lelaki.


Moga menjadi peringatan kita bersama yang punyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan

Waallu’alam:)

Tuesday, March 31, 2009

Revolusi Mindset

Salam Perjuangan

Alhamdulillah, saya kembali melakari blog yang sekalian lama saya biarkan dengan alasan tersendiri. Mohon maaf atas kekurangan yang ada tapi itula saya. Posting saya kali ini akan menawarkan jalan penyelesaian ataupun tindakan dari berbagai permasalahan yang ada disekeliling kita

Terus terang, saya merasa tidak percaya diri untuk membuat tindakan ini, walhal, permasalahan yang ada dalam kehidupan kita sudah sangat rumit buat saya. Seorang yang sangat biasa, tapi mencarikan jalan keluar dari masalah pribadi kadang masih belum jumpa ...

Saya jumpa jawapan atas masalah yang saya hadapi dalam kehidupan, iaitu

Revolusi Mindset

”If You want small changes work at your behaviour but If You want quantum leap changes, work at your paradigm.” (Bila anda menginginkan perubahan yang kecil, garaplah perilaku Anda. Namun bila Anda menginginkan perubahan yang besar & mendasar, garaplah/ubahlah paradigma Anda).

Paradigma adalah cara kita memandang sesuatu. Ada sebahagian menyebutnya mindset. ataupun sebagai world view. Semuanya makna sama, iaitu berkait dengan bagaimana cara kita memandang, cara berfikir, dan cara kita mempersepsi sesuatu.

Perubahan cara pandang yang kita inginkan bukanlah perubahan yang biasa. Tapi yang kita harapkan dalam konteks keluar dari berbagai permasalahan kehidupan kita sebagai manusia adalah sebuah perubahan mindset yang radikal, dramatis, dan mendasar.

Saya juga teringat pesanan dari ust. Hasrizal change what you see, yang membawa maksud yang sama juga revolusi mindset

Kisah Islam Bilal bin Rabbah adalah salah satu contoh dari banyak kisah lainnya. Bilal yang sebelumnya berstatus budak dan secara sosial dianggap rendah oleh bangsa Quraish, tapi kemudian berubah drastis menjadi seorang yang sangat percaya diri, teguh pendirian, dan berani.

Bilal muncul menjadi seorang yang percaya diri, kerana ada perubahan luar biasa dalam dirinya terkait bagaimana dia mempersepsi dirinya dalam hubungannya dengan Allah SWT dan dengan manusia lainnya. Dalam pemikiran Bilal yang baru, semua anak Adam adalah sama di mata Allah SWT, tak peduli dari suku mana, dan warna kulit, dan latar belakang.

Dalam konteks permasalahan saya dan anda, turut mendesak kita lakukan sesuatu. Saya teringat dengan kisah harma & hasma, yang mampu berjaya dan keluar dari kepompong masalah dan mampu meletakkan keyakinan dalam diri. Contohnya harma mampu mencorak keadaan usrah dengan gayanya tersendiri, yakin dan mampu meyakinkan sahabiyyah yang lain. Saya ingin jadi seperti mereka.

saya ingin katakan bahwa perubahan cara berfikir itu hanya boleh kita dapatkan melalui learning process. Teringat pesan ibu, walau siapa pun kita… ingat asal usul kita agar kita sentiasa berhati-hati dan sedar diri sekaligus kita yakin mencorakkan kehidupan kita dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.


Wallahu a'alam.

Thursday, March 19, 2009

Hanya PadaNya

Ya Allah, betapa dhaif dan kerdilnya hambaMu ini. Berilah aku kekuatan untuk aku amalkan apa yang aku perkatakan ini agar aku tak tergolong dalam golongan yang mendapat kemurkaanMu di hari yang tiada sesiapa dapat memberi pertolongan selain dengan izin dariMu…."



Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa musibah akan selalu mengingati Allah. Bertuahlah apabila iman diuji kerana dengan kesabaran itu pasti ganjaran yang besar menanti.

salam itu.

Saturday, February 14, 2009

Doa Kumayl bin Ziyad

Kumayl bin Ziyad Nakha'i adalah sahabat pilihan Imam Ali AS. Ketika Imam Ali AS memerintah, (35-40H), Kumayl dlantik menjadi wali kota Hait. Ia akhirnya menemui kesyahidannya pada tahun 83 hijrah dalam usia 90 tahun atas perintah penguasa zalim, Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi. Kumayl dimakamkan di suatu tempat bernama Tsaubah, yang terletak di antara Najaf al-Asyraf dan Kufah, di Iraq.
Doa Kumayl ini telah diajarkan oleh Imam Ali AS kepada Kumayl RA. Menurut Sayyid Ibn Thawwus dalam kitab Iqbal,riwayat ini disampaikan oleh Kumayl:" Pada suatu hari, saya duduk di masjid Basrah bersama Maulana Amirul Mu'minin Ali AS membicarakan hal Nisfu Sya'ban. Ketika ditanya tentang ayat," Fiha yufraqu kullu amrin hakim," (Surah al-Dukhaan:4), Imam Ali AS mengatakan bahawa ayat ini mengenai Nisfu Sya'ban; orang yang beribadat di malam itu, tidak tidur, dan membaca Doa Hadrat Hidhr AS akan diterima doanya."

"Ketika Imam Ali pulang ke rumahnya, di malam itu, saya menyusulinya. Melihat saya, Imam AS bertanya," Apakah keperluan anda ke mari?" Jawab saya, " Saya ke sini untuk mendapatkan Doa Hadrat Hidhr." Imam mempersilakan saya duduk, seraya mengatakan," Ya Kumayl, apabila anda menghafal doa ini dan membacanya setiap malam Juma'at,cukuplah itu untuk melepaskan anda dari kejahatan, ada akan ditolong Allah, diberi rezeki, dan doa ini akan dimakbulkan. Ya Kumayl, lamanya persahabatan serta perkhidmatan anda, menyebabkan anda dikurniai nikmat dan kemuliaan untuk belajar (doa ini)."

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu,
Dan dengan kekuasaanMu yang dengannya Engkau menakluki segala sesuatu,
dan kerananya tunduk segala sesuatu, dan kerananya merendahlah segala sesuatu,
Dan dengan kekuatanMu yang tidak tertahankan oleh segala sesuatu,
Dan dengan kebesaranMu yang memenuhi segala sesuatu,
Dan dengan kekuasaanMu yang mengatasi segala sesuatu,
dan dengan wajahMu yang kekal setelah punah segala sesuatu,
Dan dengan asmaMu yang memenuhi tonggak segala sesuatu,
dan dengan ilmuMu yang mencakup segala sesuatu,
Dan dengan cahaya wajahMu yang menyinari segala sesuatu,
Wahai Nur, wahai Yang Maha Suci! [Quddus],
Wahai yang Awwal dari segala yang awwal,
Wahai yang Akhir segala yang akhir,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang merusak nikmat kurnia,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang menyebabkan doa tertahan,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang memutuskan pengharapan,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang akan menurunkan bala,

Ya Allah, Ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan,
Dan segala kesalahan yang telah aku kerjakan,

Ya Allah, aku datang menghampiriMu dengan zikirMu,
dan aku memohon pertolonganMu dengan diriMu,

Dan aku bermohon padaMu dengan kemurahanMu,
dekatkanlah daku ke haribaanMu,
dan sempatkan daku untuk bersyukur padaMu,

Dan bimbinglah daku untuk selalu mengingatMu,

Ya Allah, aku bermohon padaMu,
dengan permohonan orang yang tunduk dan menyerah,
yang hina dan rendah, (yang ketika kesulitan menyampaikan hajatnya padaMu),
berilah daku kelembutanMu, kasihanilah daku,
Dan jadikanlah daku puas dengan pemberianMu,
dan juga berpuas hati dengan segala keadaan yang menimpaku,

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan permohonan orang yang berat keperluannya,
dan yang menyatakan kepadaMu ketika menghadapi segala kesusahan (berat) hajatnya,

Dan orang yang kehendaknya terhadap apa yang ada di sisiMu amat besar,
Ya Allah, Maha Besar KekuasaanMu, Maha Tinggi kedudukanMu,
Dan selalu tersembunyi rencanaMu, selalu tampak kekuasaanMu,
Dan sentiasa tertegak KekuatanMu, dan setiasa berlaku KudrahMu,
Dan tidak mungkin lari dari pemerintahanMu,

Ya Allah, tidak aku dapatkan pengampunan bagi dosaku,
Dan tiada penutup bagi kejelekanku,
Dan tiada yang dapat menggantikan amalku yang buruk dengan kebaikan,
Melainkan Engkau,
Maha Suci Engkau dengan segala pujiMu,
Telah aku menzalimi diriku sendiri,
Dan telah aku berani melanggarnya dengan kejahilanku,
Akan tetapi aku tetap tenteram,
kerana bersandar pada ZikrMu dan kurniaMu padaku,

Ya Allah, pelindungku,
betapa banyak kejelekan diriku telah Engkau tutupi,
Betapa banyak malapetaka telah Engkau atasi,
Betapa banyak rintangan telah Engkau singkirkan,
Betapa banyak bencana telah Engkau tolakkan,
Dan betapa banyak pujian baik yang tidak layak bagiku telah Engkau sebarkan

Ya Allah, besar sudah bencanaku, berlebihan sudah keburukan halku,
Dan rendah benar amal-amalku, berat benar belenggu (kemalasanku),
Dan angan-angan panjangku telah menahan manfa'at dari diriku,
dunia dengan tipudayanya telah memperdayakanku,
Dan diriku (telah terpedaya) kerana tipudayanya,

Wahai Junjunganku, aku bermohon kepadaMu dengan segala KekuasaanMu,
jangan Engkau hijab doaku kerana keburukan amal dan perangaiku,
Dan jangan Engkau bukakan rahsiaku yang tersembunyi,
yang telah Engkau ketahui,
Dan jangan Engkau segerakan siksa padaku,
Kerana perbuatan buruk dan kejelekan yang aku lakukan dalam bersendirian,
kerana kebiasaanku untuk melanggar batas, dan kebodohanku,
Kerana banyaknya nafsuku dan kelalaianku,

Ya Allah, dengan kemuliaanMu, sayangilah diriku dalam segala keadaan,
kasihilah diriku dalam segala perkara,

Ilahi, Rabbi, kepada siapa lagi selain Engkau,
aku bermohon dihilangkan kesengsaraanku,
dan diperhatikan urusanku,

Ilahi, Pelindungku, Engkau meletakkan kepadaku hukum,
tetapi di situ aku mengikuti hawa nafsuku,
Dan aku tidak cukup berwaspada terhadap tipudaya (syaitan) musuhku,
Maka terkecohlah aku lantaran nafsuku,
dan berlakulah ketentuanMu atas diriku,
Ketika aku langgar sebahagian batas yang Engkau tetapkan bagiku,
Dan aku bantah sebahagian daripada perintahMu,
namun bagiMu segala pujianku atas semuanya itu,

Tiada alasan bagiku untuk menolak ketentuan yang Engkau tetapkan bagiku,
Demikian pula hukum dan ujian yang menimpaku.
Aku datang kini mengadapMu, Ya Ilahi dengan segala kekuranganku,
dengan segala kedurhakaanku (pelanggaranku),

Sambil menyampaikan pengakuan dan penyesalanku,
dengan hati yang hancur luluh,
memohon ampun dan berserah diri dengan rendah hati mengakui segala kenistaanku.
Kerana segala cacatku ini, Tiada aku dapatkan tempat untuk melarikan diri,
Dan tiada tempat berlindung untuk menyerahkan urusanku,
selain daripada KehendakMu untuk menerima pengakuan kesalahanku,
Dan memasukkan daku kepada keluasan kasihMu,

Ya Allah, terimalah pengakuanku,kasihanilah beratnya kesukaran-kepedihanku,
dan lepaskanlah daku dari kekuatan belengguku,

Ya Rabbi,
kasihanilah kelemahan tubuhku,
Dan lembutnya kulitku dan kerapuhan tulangku,
Wahai Tuhan yang mula-mula menciptakanku,
dan menyebutkan, mentarbiyyahku, memperlakukanku dengan baik,
Dan memberiku kehidupan kerana permulaan kurniaMu
kerana Engkau telah mendahuluiku dengan kebaikan,
berilah aku kurniaMu,

Ya Ilahi, Junjunganku, Pemeliharaku,
apakah Engkau akan menyiksaku dengan apiMu,
setelah aku mengesakanMu,
Setelah hatiku tenggelam dalam ma'rifatMu,
Setelah lidahku bergetar menyebutMu,
dan setelah hatiku terikat dengan cintaMu,
Dan setelah segala ketulusan pengakuanku dan permohonanku
seraya tunduk bersimpuh pada RubbubiyyahMu,
Tidak, Engkau terlalu mulia untuk mencampakkan orang yang Engkau pelihara dan didik,
Atau menjauhkan orang yang Engkau dekatkan,
atau menyisihkan orang yang Engkau naungi,
Atau menjatuhkan bala bencana ke atas orang yang Engkau cukupi dan Engkau sayangi,
Aduhai diriku! Junjunganku, Tuhanku, Pelindungku,
Apakah Engkau akan melemparkan ke neraka,
ke atas wajah-wajah yang tunduk rebah kerana kebesaranMu,
Dan keatas lidah-lidah yang dengan tulus mengucapkan keesaanMu,
dan dengan pujian mensyukuri nikmatMu,
Dan ke atas kalbu-kalbu yang dengan sepenuh hati mengakui UluhiyyahMu,
Dan ke atas nurani yang dipenuhi ilmu tentang Engkau,
sehingga bergetar ketakutan,
Dan ke atas tubuh-tubuh yang telah biasa tunduk untuk mengabdiMu,
Dan dengan merendah memohon keampunanMu,
Tidak sedemikian itu sangkaan kami tentangMu,
Padahal telah diberitakan kepada kami tentang keutamaanMu,

Wahai Pemberi Kurnia dan, Wahai Pemelihara,
Dan Engkau mengetahui kelemahanku,
dalam menanggung sedikit dari bencana dan siksa dunia,
Serta kejelekan yang menimpa penghuninya,
Walhal semua itu singkat masanya, sebentar berlalunya, dan pendek usianya,
Maka apakah mungkin aku sanggup menanggung bala akhirat,
dan makar yang berat bersama-samanya,
Bencana yang panjang masanya dan kedudukan (menanggungnya) berkekalan,
Serta tidak diringankan bagi orang yang menanggungnya,
kerana semuanya tidak terjadi melainkan kerana murkaMu,
dan kerana balasan dan amarahMu,
Dan inilah, yang bumi dan langit,
pun tidak sanggup memikulnya,

Wahai, Junjunganku, bagaimanakah mungkin aku (sanggup menanggungnya)?
dan sedangkan aku hambaMu yang lemah, rendah, hina, malang, dan miskin,

Ya Ilahi, Tuhanku, Junjunganku, Pelindungku!
Urusan apa lagi kiranya yang akan aku adukan kepadaMu?
dan mestikah aku menangis menjerit?
Kerana kepedihan dan beratnya siksaan?
atau kerana lamanya cubaan?

Sekiranya Engkau siksa aku berserta musuh-musuhMu,
Dan Engkau himpunkan aku bersama penerima bencanaMu,
Dan Engkau pisahkan aku dari para kekasih dan awliyaMu,
Oh...andainya aku,

Ya Ilahi, Junjunganku, Pelindungku, Tuhanku!
Sekiranya aku dapat bersabar menanggung siksaMu,
mana mungkin aku mampu bersabar berpisah dariMu?
Dan seandainya aku dapat bersabar menahan panas apiMu,
mana mungkin aku bersabar tidak melihat kemuliaanMu?
Mana mungkin aku tinggal di neraka,
sedangkan harapanku adalah kemaafanMu,
Demi kemuliaanMu, wahai Junjunganku dan Pelindungku!
aku bersumpah dengan tulus,
sekiranya Engkau biarkan aku berbicara,
Aku akan meratap kepadaMu di tengah penghuni (neraka)
dengan ratapan orang yang menaruh harapan,
Dan aku akan menangis kepadaMu,
dengan tangisan orang yang mengharapkan pertolongan,
Dan aku akan merintih sebagaimana rintihan orang yang serba kekurangan,
Dan aku akan menyeruMu, di mana jua Engkau berada,

Wahai Pelindung kaum Mu'minin,
Wahai tujuan harapan kaum arifin,
Wahai lindungan orang yang memohon perlindungan,
Wahai kekasih kalbu para pencinta kebenaran,
Wahai Tuhan seru sekalian alam,
Maha Suci Engkau Ya Ilahi, dengan segala pujiMu,
Akankah Engkau dengar di sana suara hamba Muslim,
yang terpenjara dengan keengkarannya,

Dan yang merasakan azabnya kerana kemaksiatannya,
Dan yang terperosok di dalamnya kerana dosa dan nistanya,
Dan ia merintih padaMu dengan mengharapkan rahmatMu,
dan ia menyeruMu dengan lidah ahli tauhidMu,
dan ia bertawassul padaMu dengan RububiyyahMu,

Wahai Pelindungku!
Bagaimanakah mungkin ia kekal dalam siksa,
sedangkan ia berharap pada kebaikanMu yang terdahulu,
Mana mungkin neraka menyakitinya,
sedangkan ia mendambakan kurnia dan rahmatMu,

Mana mungkin nyalaan api neraka membakarnya,
sedangkan Engkau mendengar suaranya dan Engkau melihat tempatnya (di mana dia berada),

Mana mungkin jilatan api mengurungnya,
sedangkan Engkau mengetahui kelemahannya,

Mana mungkin ia jatuh bangun di dalamnya,
sedangkan Engkau mengetahui ketulusannya,

Mana mungkin Zabaniyah menghempaskannya,
sedangkan ia memanggil-manggilMu: Ya Rabbi!,

Mana mungkin ia mengharapkan kurnia kebebasan daripadanya,
lalu Engkau meninggalkannya di sana,
Tidak, tidak demikian itu sangkaku padaMu,
tidak mungkin seperti itu perlakuanMu (setelah diketahui) daripada fadhalMu (kebaikanMu),

Melainkan kebaikan dan kurnia yang Engkau berikan kepada kaum Muwahhidin (yang menyembahMu),
Maka dengan penuh yakin aku berani berkata,
kalaulah bukan kerana keputusanMu,
untuk menyiksa orang yang mengingkariMu,
dan keputusanMu untuk mengekalkan (mereka) di sana orang-orang yang menentangMu,

Tentu Engkau jadikan api seluruhnya sejuk dan damai,
Tidak akan ada lagi di situ tempat tinggal,
dan menetap bagi sesiapa pun,
tetapi Maha Suci Nama-namaMu,
Engkau telah bersumpah untuk memenuhi nereka dengan orang-orang kafir,
dari golongan jin dan manusia seluruhnya,
dan Engkau akan mengekalkan di sana kaum durhaka,

Engkau dengan segala kemuliaan pujiMu!
Engkau telah berkata,
setelah menyebutkan nikmat yang Engkau berikan,
"Apakah sama kedudukan orang Mu'min dengan orang kafir,
sungguh tidak sama mereka itu,"

Ilahi, Junjunganku!
Aku bermohon kepadaMu dengan kudrat yang telah Engkau tentukan,
dengan qadha yang telah Engkau tetapkan dan putuskan,
dan yang telah Engkau tentukan berlaku pada orang yang berkenaan,

Ampunilah bagiku, di malam ini, di saat ini,
semua kesalahan yang pernah aku kerjakan,
Dan semua dosa yang pernah aku lakukan,
dan semua kejelekan yang pernah aku rahsiakan,
Dan segala kejahilan yang pernah aku amalkan,
yang aku sembunyikan atau tampakkan,
yang aku tutupi atau aku tunjukkan,
Dan setiap keburukan yang telah Engkau perintahkan malaikat yang mulia,
mencatatnya, Mereka yang Engkau tugaskan untuk merakam segala yang ada padaku,
dan mereka yang Engkau jadikan saksi-saksi bersama seluruh anggota tubuhku,
Dan Engkau sendiri mengawal di belakang mereka,
dan menyaksikan apa yang tersembunyi pada mereka,
Dan dengan rahmatMu, Engkau sembunyikan keburukan itu,
dan dengan kurniaMu, Engkau menutupinya,
Dan perbanyakkanlah bahagianku pada setiap kebaikan yang Engkau turunkan,
atau setiap kurnia yang Engkau limpahkan,
atau setiap rezeki yang Engkau curahkan,
atau setiap dosa yang Engkau ampunkan
atau setiap kesalahan yang Engkau sembunyikan,

Ya Rabbi! Ya Rabbi! Ya Rabbi!

Ya Ilahi, Junjunganku, Pelindungku, Pemilik nyawaku,
Wahai Zat yang di tanganNya ubun-ubunku,
Wahai Yang Mengetahui kesengsaraan dan kemalanganku,
Wahai Yang Mengetahui kefakiran dan kepapaanku,
Ya Rabbi! Ya Rabbi! Ya Rabbi!,

Aku bermohon padaMu dengan kebenaran dan kesucianMu,
dengan keagungan sifat dan Asma'Mu!,
Jadikan waktu-waktu malam dan siangku dipenuhi dengan zikir kepadaMu,
Dan dihubungkan dengan kebaktian kepadaMu,
dan diterima amalku di sisiMu,
Sehingga jadilah amal dan wiridku seluruhnya wirid yang satu,
Dan kekalkanlah selalu keadaanku dalam berbakti kepaaMu,
Wahai Zat yang kepadanya aku adukan keadaanku!

Ya Rabbi! Ya Rabbi! Ya Rabbi!

Kukuhkanlah anggota tubuhku untuk berbakti kepadaMu,
Teguhkanlah tulang-tulangku untuk melaksanakan niatku,
Kurniakanlah kepadaku kesungguhan untuk bertaqwa kepadaMu,
Dan kebiasaan untuk meneruskan bakti kepadaMu,
Sehingga aku bergegas menujuMu bersama para pendahulu,
Dan berlari ke arahMu bersama orang-orang yang terkemuka,
merindukan dekat padaMu bersama golongan yang merindukanMu,
Jadikan daku dekat padaMu,
sepertimana dekatnya orang-orang yang ikhlas dan takut kepadaMu,
dan takut sepertimana takut-takutnya orang-orang yang yakin,
Dan berkumpul di hadiratMu bersama kaum Mu'minin,

Ya Allah!

Sesiapa saja yang bermaksud buruk kepadaku, tahanlah dia,
Sesiapa saja yang memperdayakan daku, gagalkan dia,
Jadikan daku hambaMu yang paling baik nasibnya di sisiMu,
Dan yang paling dekat kedudukannya denganMu,
dan yang paling istimewa tempatnya di dekatMu,
Sesungguhnya, semua ini tidak akan tercapai,
melainkan dengan kurniaMu,
dan limpahkanlah kepadaku kemurahanMu,
Dan sayangilah daku dengan kebaikanMu,
dan peliharalah diriku dengan rahmatMu,
Dan jadikan lidahku untuk selalu berzikir kepadaMu,
dan hatiku supaya selalu mencintaiMu,
Dan anugerahkanlah kepadaku yang terbaik dari ijabah (penerimaan)Mu,
dan hapuskanlah jejak-jejakku (ketika aku melakukan kesalahan), ampuni ketergelinciranku,
Dan sesungguhnya telah Engkau wajibkan hamba-hambaMu beribadah kepadaMu,
Engkau perintahkan mereka untuk berdoa kepadaMu,
dan Engkau beri jaminan kepada mereka ijabah,
Maka kerana itu, kepadaMu, Ya Rabbi!, aku hadapkan wajahku,
Dan kepadaMuYa Rabbi!, aku hulurkan tanganku (memohon doa),
maka demi KebesaranMu, perkenankanlah doaku,
Dan sampaikanlah daku akan cita-citaku,
dan janganlah putuskan harapanku akan kurniaMu,
Dan lindungi daku dari kejahatan jin dan manusia dari kalangan musuh-musuhku,

Wahai Yang Maha Cepat ridhaNya,
ampunilah orang yang tidak memiliki apa-apa pun kecuali doa,
Kerana sesungguhnya Engkau melakukan apa yang Engkau kehendaki,
Wahai Yang NamaNya menjadi ubat,
dan mengingatiNya adalah penyembuhan,
Dan ketaatan kepadaNya adalah kekayaan,
Kasihanilah orang yang modalnya adalah pengharapan,
Dan senjatanya hanyalah tangisan,

Wahai, Penabur kurnia!
Wahai, Penolak bencana
Wahai Nur yang menerangi mereka yang terhempas dalam kegelapan,
Wahai, Yang Maha Mengetahui tanpa diberitahu,

Sampaikanlah selawat dan salam pada Muhammad dan ali Muhammad,
Lakukanlah kepadaku apa yang layak (terhadapku) BagiMu,
Dan semoga Allah melimpahkan kesejahteraan kepada RasulNya,
dan para A'immah (para imam a.s.) yang mulia dari keluarganya,
Dan sampaikanlah salam (kesejahteraan) yang melimpah-limpah kepada mereka.

Thursday, January 22, 2009

" How We Can Take Action to help Palestine?






.... how we can take action to help palestine??? firsty, ana ingin berkongsi dengan kalian, tentang isu palestine yang ana dapat daripada perbincangan bersama pemuda pemudi kampus. Antara yang diutarakan tentang negara Islam, penindasan ke atas palestin oleh Zionis, Hamas, perebutan Baitul Maqdis, peranan kuasa-kuasa besar, penderitaan dan diakhiri dengan peranan kita???...


Ana amat tertarik dengan perbincangan yang sangat efektif dalam melahirkan pemikir-pemikir Islam yang berkualiti. Dalam tidak sedar kami akui walaupun tidak banyak menyumbangkan bantuan untuk rakyat Palestin tapi cukup la untuk kami melahirkan generasi yang baru tumbuh ni agar dapat berfikir dan bekerja untuk Islam.


Antara langkah yang adik-adik kami lakukan adalah merangka objektif agar selari dengan tindakan mereka

Objektif:
  1. Menyedarkan masyarakat kampus mengenai isu palestin

  2. Boikot barangan Israel

  3. memorendum

  4. Bantuan palestin

Pelbagai strategi yang dirancang antaranya pengedaran risalah, tayangan, kuliah magrib dan yang kami amat tertarik BOIKOT. Bila ada diantara kami yang menyatakan tempoh boikot yang sebenar untuk melihat at the end of the boikot, we are success or not?.. kita kena ada matlamat!!! ana tergamam seketika...

Tindakan yang mudah tapi adakah aku mampu???

tapi jika untuk Islam dan rakyat palestin ana akan cuba berusaha, adik-adik menyatakan jangka masa boikot tersebut dari Januari hingga ke 31 Ogos ni untuk melihat hasil daripada perbincangan kami pada malam itu. Ana betul-betul terkesan melalui tindakan kami sebagai ahli gerakan mahasiswa Islam, khususnya di malaysia ini.

Ya Allah Pleaseeee forgive Us , save the people suffering in palestine .... Indeed you are the most Merciful... Plz guide us towards the straight path... May Allah give strength, courage and will power to the Mujahideen .... may Allah write Victory in their destiny .... Aameen

"Allah is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs.''

Monday, December 1, 2008

Destinasi Cinta yang Dicari





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Ya Allah Perkenankan lah jika baik untuk AgamaMU

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

P/S syukran sahabiyyah sefikrah

Friday, November 28, 2008

Program Kepemiminan

Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam
Sek Men & Ren.
W. P. Labuan 2008/1429H

Tarikh :
28-30 Oktober 2008

Tempat :
Pusat Kokurikulum Negeri, Kg Ganggarak.

Penganjur:
Jabatan Pelajaran W.P. Labuan

Peserta :
1. Alhamdulillah seramai 200 orang telah pun mendaftar sebelum tarikh kem. Majority adalah daripada sekolah rendah yang baru sahaja tamat peperiksaan besar UPSR.

Fasi :
1. Terdiri dari kalangan ahli BADAR
2. Seramai 7 Muslimin dan 10 muslimat

Modul
1. Kepimpinan Rasulullah S.A.W
2. Kajian Kes Nadwah
3. Amali: sembelihan Dalam Islam
4 Aulawiyyat

Gambar Program:

Bersama adik-adik tercinta Saiful, Azam, Fiza, Afiqah, Dayang, Izzah, Syafiqah dan Nisa


Jom Riadah...




Praktikal Solat...

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Bahwa hati-hati ini telah berkumpul
untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu,
Bertemu untuk taat kepadaMu,
Bersatu dalam rangka menyeruMu,
Dan berjanji setia untuk membela syariatMu,
Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya...
Ya Allah...
Abadikanlah kasih sayangnya,
Tujukkanlah jalannya,
Dan penuhilah dengan cahayaMu
yang tak akan pernah redup,
Lapangkanlah dadanya
dengan limpahan iman
dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidupkanlah dengan ma'rifahMu,
Dan matikanlah dalam keadaan
syahid dijalanMu...
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong.

Saturday, October 25, 2008

" Setiap Kebun ada Buahnya"

Khas buat teman seperjuanganku,

Teringat satu malam ada seorang “Doremon” datang ke bilik seperti ingin meluahkan sesuatu, waktu tu saya sibuk dengan persediaan presentation untuk semester ni… tanpa membuang masa saya terus focus kepada doremon tersebut.. (tu nama manja mereka)
Disini bukan saya ingin menceritakan tentang Doremon ataupun assignment tapi ungkapan yang saya berikan kepada Doremon tersebut “Setiap Kebun ada Buahnya”

Ungkapan bermakna itu boleh kita related kan dengan mengambil kelebihan dan menolak kekurangannya..... dan ia semua bersifat bebas dan damai.... setiap kebun ada buahnya....kalau setiap kaedah ada kelebihan tersendiri... kita kaitkan dalam hidup kita sebagai manusia dan hamba di bumi Allah ini, setiap daripada kita ada kelebihan dan keistimewaan masing - masing...

Shila, ana tak da apa-apa, tapi ana ingin istiqomah dalam Islam……



Saya terus bertanya…
Cuba Nti bayangkan umur budak 2 tahun dengan 8 tahun.
Ada perbezaan tidak Nti?
(Dia merenung mata saya seolah-olah memerlukan pengharapan untuk terus berjuang..)

Saya terus memberi jawapan...

Ya.. ada perbezaan dan sangat berbeza
Begitu la kita Nti, mungkin kita baru kenal erti perjuangan, erti ukhuwwah seolah-olah kita sedang berlatih berjalan tapi hakikatnya kita asyik terjatuh dan kita perlukan banyak latihan dan bimbingan…

Kalau budak yang berumur 8 tahun tadi boleh berjalan seperti biasa, sangat cekap dalam tugasannya, bernas pemikirannya, tetap pendiriannya, tertip jadualnya.. walhal kita?


Nti…
Allah ciptakan manusia dengan sebaiknya dan ada keistimewaan masing - masing..... oleh itu, tidak perlulah kita melihat diri kita ini teruk, tidak berguna dan sebagainya hingga wujud perasaan rendah diri, hasad dengki, cemburu, khianat dan sebagainya yang negatif.... akibatnya, syaitan mlompat girang, masyarakat terus tumbang, agama makin hilang, negara berantakan.

Nti...
jika kita asyik menghitung apa yang kita tiada, maka rugilah kita sebab no point... apa pun tak dapat... kerana Allah bagi kita macam-macam Nti.... tidak terhitung dan tidak ternilai ....lihatlah kepada apa yang kita ada dan bersyukurlah..... jika mahu membuat perbandingan, lihatlah pada orang yang tiada atau yang lebih susah dari kita...

Wednesday, October 15, 2008

" Ya Allah Selamatkan Mujahidah Kembar"




“ Hari ini hari lahir mu..
Hari ini hari ulangtahunmu..
Hari ini bertambah lagi usiamu..
Hari ini bertambah jua tanggungjawabmu…

Hari ini akan menjadikan dirimu llebih matang dek ujian yang bakal mendatang
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak duri dalam ranjau pejuang
Hari ini Allah pendekkan lagi jarak waktu pertemuan kau dan DIA..

Semakin berkurang tempoh untuk beramal..
Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu..
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput..
Semakin dekat masa amalan di hitung..
Semakin hampir haruman firdausi
ATAU


Semakin hampir bahang pedih neraka jahannam..
Aku tak akan tahu kau akan ke mana..
Dan Aku juga tak akan tahu aku akan ke mana..
Oleh itu gunakan lah kedewasaan itu 1 peringatan yang menakutkan bagimu..
Ayuh mari bersama kita penuhi ruang kehidupan yang tidak abadi dengan tuntutanNYA


~ SALAM HARI LAHIR KE 22 BUAT SAHABIYYAH KU HASEMAENI & HARMENI BTE BEDDU

Tuesday, October 14, 2008

"Hidup itu Sendiri Adalah Penjara"

Hari ini kita akan berbicara mengenai 'penjara.' Penjara pertama yang harus Anda cari dan lihat adalah hidup itu sendiri. Bila Anda melihat kehidupan sebagai penjara, dan melihat penjara sebagai penjara, maka dapat dikatakan bahwa Anda mengetahui dengan baik kebenaran alam.
Namun, kebanyakan orang melihat hidup sebagai sesuatu yang menyenangkan, sebagai kesempatan untuk bersenang-senang. Mereka rela hidup demi kenikmatan hidup. Kemudian mereka menjadi tergila-gila dan terpikat pada kehidupan.
Karena mereka tergila-gila dan terperdaya oleh kehidupan inilah yang membuat kehidupan itu sendiri menjadi penjara.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih memahami.."
*/ /* ---( page defaults )--- */ body { margin: 0px; padding: 0px; text-align: left; font:$bodyfont; color:$textcolor; background:#f39c45 url('http://lh4.google.com/jvdmds/R6fq81Th44I/AAAAAAAABNk/n1UMT99vQLE/dream-b.jpg') top left; } blockquote { margin: 0 0 0 30px; padding: 0px 0 0 20px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; } blockquote p { margin-top: 0; } abbr, acronym { cursor: help; font-style: normal; } code { color: #f63; } hr { display: none; } img { border: none; } /* unordered list style */ ul {list-style: none; margin-left: 7px; padding: 0;} li {list-style: none; padding-left: 8px; margin-bottom: 3px;} /* links */ a:link {color: $linkcolor; text-decoration: none;} a:visited {color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} a:hover { color: $linkhover; text-decoration: none;} a:active { color: $visitedlinkcolor; text-decoration: none;} /* ---( layout structure )---*/ #outer-wrapper {width:850px; margin: 0px auto; text-align: justify; } #content-wrapper { margin: 0px; /* to avoid the border image */ width: 100%;} #main { float:left; width:510px; padding-left:55px; line-height: 1.2em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #sidebar { float:right; width:220px; padding-right:50px; font: $sidebarfont; color: $sidebartextcolor; line-height: 1.4em; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #center {background:#fff url('http://lh3.google.com/jvdmds/R6fq8lTh42I/AAAAAAAABNU/5-YfPeceSQw/dream-2.jpg') repeat-y top left;} /* ---( header and site name )--- */ #header-wrapper { margin: 0px; padding: 0px} #header {height:321px; overflow: hidden; width:850px; color: $pagetitlecolor; background: url('http://lh3.google.com/jvdmds/R6fq8lTh41I/AAAAAAAABNM/CIL_mT-l-pM/dream-1.jpg') no-repeat top left; } #header h1 {width:680px; font: $pagetitlefont; margin:80px 20px 5px 80px; padding:5px; filter: blur(Strength=10); text-align:left; } #header h1 a {text-decoration: none; color: $pagetitlecolor;} #header h1 a:hover {color: $descriptioncolor;} #header .description {margin:-10px 20px 5px 80px; text-align:left; width:680px; font: $descriptionfont; color: $descriptioncolor; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header {font-size: 73%; color: $datecolor; margin:0px; text-align: left; } .post h3 { text-align: left; margin: 0px; font: $titlefont; color: $titlecolor; border-top: 1px solid #fc6; border-bottom: 1px solid #fc6; } .post {padding:0px;} .post h3 a {color: $titlecolor; text-decoration: none;} .post h3 a:hover {color: $titlehovercolor; text-decoration: none;} .post-footer {height:30px; margin:0px; text-align: right; font-size: 88%; color:$footercolor; } .post img {padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ccc; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links {clear: both; line-height: 2.5em; color:$footercolor; border-top: 1px solid #fc6; } .blog-feeds {text-align: right; color:$footercolor;} #blog-pager-newer-link {float: left;} #blog-pager-older-link {float: right;} #blog-pager {text-align: center;} /* comment styles */ #comments {padding-top: 10px; font-size: 88%; line-height: 1.5em; color: $Commentscolor;} #comments h4 {margin: 20px 0 15px 0; padding: 8px 0 0 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 105%; color: $Commentscolor; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul {margin-left: 0; } #comments li {background: none; padding-left: 0;} .comment-body {padding: 0 10px 0 25px;} .comment-body p {margin-bottom: 0;} .comment-author {margin: 4px 0 0 0; padding: 0 10px 0 60px; color: #999;} .comment-footer {border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em;} .deleted-comment {font-style:italic; color:gray;} /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 {font: $sidebarheaderfont; color: $sidebarcolor; } .sidebar .widget { margin: 0; padding: 0 0 10px 10px;} .sidebar a {color: $sidebarlink; text-decoration: none;} .sidebar a:hover {color: $sidebarhover;} .sidebar li { } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em;} .profile-img {float: right; margin:3px; border: 1px solid #ddd; padding: 3px;} /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both;} #footer {margin: 0; width:850px; height:74px; background: url('http://lh4.google.com/jvdmds/R6fq81Th43I/AAAAAAAABNc/mGpFLxBBujw/dream-3.jpg') no-repeat top left; text-align:center; color: #ffc;} #footer-wrapper {margin: 0; font-size: 75%; clear: both;} #footer-wrapper a { color: #ffc; text-decoration: none; line-height:74px;} #footer-wrapper a:hover{ color: #fff; text-decoration: none;} /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar {padding-top: 0; margin-top: 0;} body#layout #outer-wrapper,body#layout #content-wrapper {padding-top: 0} body#layout #sidebar {margin-right: 0;} body#layout #header,body#layout #footer, body#layout #main {padding: 0;} body#layout #content-wrapper {margin: 0px;} #navbar-iframe {height:0px; visibility:hidden; display:none} ]]>