" Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.. umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah "
" Jom lihat iklan baru HPA di TV 9 mengenai produk RADIX KOKO.. Iklan produk muslim yang punyai maksud tersendiri.. Gempur RADIX KOK"
aku menerima satu mesej tentang iklan terbaru Produk HPA... Bangganya rasa diri ini apabila Produk HPA mampu berada dipasaran... aku juga berkeyakinan suatu hari nanti produk ini mampu membentuk individu muslim dari sudut pemakanan yang halal, sehat dan toyyiban... Jom GEMPUR RADIX.. InsyaAllah Berjaya di Dunia dan Akhirat...
Ketika enak dibuai angin, derapan kereta kancil yang dipandu Nur agak kencang, suara adik Pah yang membebel sekaligus mengganggu ketenteraman adk aida menghantar mesej.... Kerisauan hatiku mengundang untuk menghadirkan diri bersama mereka, memeriahkan suasana walaupun ku tahu mereka juga binggung tentang program yang akan mereka jalani...
Tiba-tiba suara radio memecah kesunyian pagi yang sunyi... lagu Jamal abdillah cukup menghiburkan hati kami terutamanya nur..." biar pun ombak.. merubah pantai....." cukup terhibur hati ku bersama mereka.
Kemarau yang berpanjangan dan kekeringan air di Labuan mengajar sekali lagi erti bersyukur dengan apa yang ada... Sering kali aku terlupa akan tanggungjawab aku sebenarnya... melihat isu H1N1 yang semakin menular tanpa mengira usia, aku sedikit terusik... Pernahkah selama ini aku berdoa agar umat islam dilindungi dari wabak penyakit ini, pernahkah selama ini aku selalu memohon padaNya tentang kesan wabak ini...
"Kami berlindung denganMu Ya ALLAH!
Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kekuasaan,
Kami berpaut padaMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam yang ghaib,
Dan kami bertawakkal kepadaMu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati.
Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini,
Lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana,
Dengan IhsanMu Wahai Tuhan Yang Maha Lembut Lagi Maha Mengetahui,
SesungguhnyaMu Ya ALLAH Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.
Segala Puji BagiMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam"
Seawal pukul 12pm aku sampai di lcct dan bermalam disana, tinggalkan keluarga lagi untuk seketika, tinggalkan mereka dalam keadaan derita kesakitan akibat demam yang ditanggung, pedih jiwa melihat diri ini sekali lagi melukakan hati-hati insan yang pernah berkorban untuk ku. pedih lagi jika diri ini sering meninggalkan perintah dariNya.
Lambaian Labuan membuatkan aku betul rindu zaman tarbiyyahku bersama insan yang pernah ku kenali. Harapan langkah ku kali ini agar bersinar dan bergemerlapan sekali lagi.
Kedatangan ku disambut mesra dengan dengan rohaya dan kak jah... Sentuhan kasih sayang mereka menyusuk dijiwa, pengorbanan mereka menggegarkan jiwa, dan pandangan mereka menyentuh ke jiwa
Alhamdulillah diri ini telah selamat menduduki peperiksaan, harapan ku agar semuanya selamat, kalungan doa agar kalian yang berkorban untuk ku agar sentiasa dalam rahmat Allah
Ya Allah aku bersyukur dikurniakan insan seperti mereka disisiku kerana mereka sering mengingatkan ku tentang RahmatMU....