" Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.. umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah "
Friday, December 18, 2009
Friday, November 27, 2009
Ketulusan Hati to Allah
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
p/s from anuar zain
Thursday, November 19, 2009
kisah selendangpuith
syukur alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri, sekali lg aku membawa ayahanda tercinta membuat rawatan di Hospital daerah Kajang, hampir 3 tahun aku tidak dapat menemani ayah membuat rawatan, aku teruji dari sudut nikmat syukur yng kadang-kadang aku lalai dalam mengamalkannya,
Kehadiran kami di Hospital, seperti biasa akan menjadi tumpuan orang ramai kerana ayahanda tercinta mengalami lemah anggota badan akibat mengalami kemalangan 17 Tahun yang dulu.
Aku tidak menghiraukan pandangan manusia terhadap kesakitan yang ayahku alami..tp aku mengharapkan pandangan kasih sayang Allah terhadap ayah, agar penderitaan yang ayah alami akan berkurangan
Alhamdulillah, Doktor yang merawat ayah sangat baik dari akhlaknya, aku bersyukur aku dapat belajar cara-cara Dokotr tersebut melayan pesakit seusia ayahku. Dengan keterampilan Doktor tersebut menampakkan profesional muslimah, cara tutup auratnya, pertuturannya, layanan cukup memnyentuh jiwa, terima kasih ya Allah kerana temukan kami dengan seorang Doktor Muslim.
Pesanan seorang insan agar aku sentiasa sabar, tabah dan jangan pernah putus asa memberi aku sejuta kekuatan apabila dia mengingatkan aku tentang kekuatan pejuang2 Islam.. sejarah yang memberi kita kekuatan..
antara kata-katanya.." kalo nabi dulu kena lempar dengan batu dan najis, nabi boleh bersabar dan tidak pernah putus asa untuk sebarkan Islam, sehingga kita dapat nikmat hidup dengan Islam dan Iman.
Bergegar jiwa ku bila insan ini menceritakan kita kena bersedia dengan keadaan, jangan pernah malu dan sentiasa yakin.. terima kasih ya Allah kurniakan aku insan ini untuk mendekatiMU.
P/S: jadilah insan bersyukur kerana nikmatnya sangat manis kerana kita yakin setiap ujian yang Allah beri, untuk kita selalu dekat denganNYA:)
Thursday, November 12, 2009
Jawatan Kosong di Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan
Iklan Pengambilan Fasilitator Schoolnet untuk Zon Utara, Timur & Selatan
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah yang terlibat di Zon Utara, Timur dan Selatan.
1. JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET
(Skim Perkhidmatan Singkat [SPS])
TEMPOH PERKHIDMATAN : Disember 2009 hingga 31 Disember 2010
DOWNLOAD IKLAN
CARA MEMOHON :
(a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta salinan kad
pengenalan dan transkrip akhir kepada :-
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Tingkat 2 Blok F,
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50610 Kuala Lumpur.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - Fasilitator Schoolnet)
(Tel : 03-2691 1209 / 1250)
(b) Permohonan juga boleh dihantar menerusi emel ke schoolnet@kpkk.gov.my.
(c) Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selewat-lewatnya
pada 15 November 2009. Calon yang menghantar permohonan melalui pos
hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul
surat.
Keputusan bagi panggilan temuduga boleh disemak selewat-lewatnya
pada 16 November 2009 di laman sesawang www.kpkk.gov.my.
Untuk senarai skop tugas Fasilitator Schoolnet, sila rujuk laman sesawang
http://www.fasilitatorschoolnet.webs.com/. Harap maklum.
Wednesday, November 11, 2009
Info: Lelaki Kencing Berdarah
MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL
Apa dia Ginjal ?
Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulagn belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-
1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain
3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’
Apakah penyakit-penyakit ginjal ?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-
- infeksi saluran kencing
- saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
- tekanan darah tinggi (hypertension)
- Glomerulonephritis
- Nephrosis
- Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
Tanda- tanda amaran penyakit ginjal
- kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
- kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
- mengeluarkan kencing berdarah
- bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
- kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
- tekanan darah tinggi.
Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.
MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.
Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH
Kencing Berdarah
Samaada sakit atau tidak
Samaada kencing berdarah itu pekat atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau berterusan semasa kencing
Samaada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
Jangan biarkan ianya berulang, barulah hendak berjumpa doktor
Apakah perkara ini serius ?
Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.
Apakah yang doktor anda akan lakukan ?
Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.
Apa yang berlaku selepas ini ?
Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.
Sila ambil Perhatian:
Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya.
INFEKSI SALURAN KENCING
Infeksi saluran kencing
Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
Tanda-tanda amaran penyakit infeksi saluran kencing
Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur
Buang air kencing dengan kerap
Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing
Demam dan rasa seram sejuk
Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk
Apabila ragu-ragu minta nasihat doktor
Fakta-fakta berkaitan dengan infeksi saluran kencing
Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal)
Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
Pengubatan infeksi saluran kencing
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.
TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA
Tekanan darah tinggi dan ginjal anda
Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20% penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress) dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90% kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab ( "primary" atau "Essential" Hypertension ).
Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi ?
Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala, hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda
Kenapakan takanan darah tinggi begitu bahaya ?
Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan atau ‘stroke’.
Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.
Apakah kesan yang diberikan oleh ‘Hypertension’ terhadap ginjal ?
Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan, kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku
Apakah yang dapat saya buat mengenai tekanan darah tinggi ?
Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.
Apakah doktor akan menyuruh saya membuat yang lain-lain lagi ?
Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam, kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam selalu.
Anda dan doktor anda perlu bekerjasama untuk mengawal tekanan darah anda ?
Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal, lemah jantung dan ‘stroke’.
ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG
- sakit atau susah bila kencing
- kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
- kencing yang bercampur dengan darah
- bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
- sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
- tekanan darah tinggi
Saturday, October 31, 2009
Mee kari Iman_solehah
Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam
Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Wednesday, October 28, 2009
Islam Juga Bawa Kejayaan
.......dalam kelekaan mencari kerja kosong, aku sekali lagi terpedaya dengan hasutan...
pedihnya bila melihat diri ini semakin cuai dengan tarbiyyah yang pernah aku pelajar di bumi KAL
aku bersyukur masih ada lagi hamba Allah yang selalu meyakinkan aku tentang
Islam Juga Bawa kejayaan...
" pastinya aktiviti nisa' dapat aku sertai untuk mendekatkan diri dengan perjuangan islam..
TQ NISA SERDANG!!! u are the best!!!
tapi sayang aku sekali lagi gagal melakukan yang terbaik apabila masa yang aku ambil tidak sepenuhnya untuk DIA....
Waktu malam ku tidak dapat diisi dengan meeting yang amat penting untuk Ummah.. Mungkin family risau akan keselamatan dan aku terima reason mereka dengan tenang
.... SABTU dan AHAD tempat aku pulun habis masa ku unutk mendidik diri dan masyarakat setempat...
Aku berdoa agar segala urusan ku dipermudahkan agar aku sentiasa dalam nikmat yang MAHAL ini kerana ku tahu dan yakin pada diri bahawa dalam setiap perkara yang aku lakukan aku letakkan
akhirat sebagai ganjaran dan dunia sebagai persinggahan...
Ameen
Wednesday, August 19, 2009
Terbaru Iklan RADIX KOKO
Sunday, August 16, 2009
Saat Memandu Kehidupan
Ketika enak dibuai angin, derapan kereta kancil yang dipandu Nur agak kencang, suara adik Pah yang membebel sekaligus mengganggu ketenteraman adk aida menghantar mesej.... Kerisauan hatiku mengundang untuk menghadirkan diri bersama mereka, memeriahkan suasana walaupun ku tahu mereka juga binggung tentang program yang akan mereka jalani...
Tiba-tiba suara radio memecah kesunyian pagi yang sunyi... lagu Jamal abdillah cukup menghiburkan hati kami terutamanya nur..." biar pun ombak.. merubah pantai....."
cukup terhibur hati ku bersama mereka.
Kemarau yang berpanjangan dan kekeringan air di Labuan mengajar sekali lagi erti bersyukur dengan apa yang ada... Sering kali aku terlupa akan tanggungjawab aku sebenarnya... melihat isu H1N1 yang semakin menular tanpa mengira usia, aku sedikit terusik... Pernahkah selama ini aku berdoa agar umat islam dilindungi dari wabak penyakit ini, pernahkah selama ini aku selalu memohon padaNya tentang kesan wabak ini...
"Kami berlindung denganMu Ya ALLAH!
Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kekuasaan,
Kami berpaut padaMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam yang ghaib,
Dan kami bertawakkal kepadaMu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati.
Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini,
Lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana,
Dengan IhsanMu Wahai Tuhan Yang Maha Lembut Lagi Maha Mengetahui,
SesungguhnyaMu Ya ALLAH Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.
Segala Puji BagiMu Ya ALLAH Tuhan Pemilik Sekalian Alam"
Ameen..
TERIMA KASIH atas segalanya
tinggalkan keluarga lagi untuk seketika, tinggalkan mereka dalam keadaan derita kesakitan akibat demam yang ditanggung, pedih jiwa melihat diri ini sekali lagi melukakan
hati-hati insan yang pernah berkorban untuk ku.
pedih lagi jika diri ini sering meninggalkan perintah dariNya.
Lambaian Labuan membuatkan aku betul rindu zaman
tarbiyyahku bersama insan yang pernah ku kenali.
Harapan langkah ku kali ini agar bersinar dan bergemerlapan sekali lagi.
Kedatangan ku disambut mesra dengan dengan rohaya dan kak jah...
Sentuhan kasih sayang mereka menyusuk dijiwa,
pengorbanan mereka menggegarkan jiwa,
dan pandangan mereka menyentuh ke jiwa
Alhamdulillah diri ini telah selamat menduduki peperiksaan,
harapan ku agar semuanya selamat,
kalungan doa agar kalian yang berkorban
untuk ku agar sentiasa dalam rahmat Allah
Ya Allah aku bersyukur dikurniakan insan seperti mereka disisiku kerana mereka sering mengingatkan ku tentang RahmatMU....
Monday, July 6, 2009
Rancang Menu Makanan Jiwa?
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih dipanjangkan usia, diberi peluang untuk meneruskan amal ibadah. Sejak Kebelakangan ni, aku merasakan satu perbezaan yang sangat ketara. Terasa seperti dihimpit pelbagai kesulitan dan kesukaran. Cabaran yang datang bertalu-talu bagaikan tiada penghujungnya ini sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaran. Hati ini mungkin telah lama tidak menemui makanannya, mungkin juga telah lama hitam dimamah dosa, mungkin… dan bermacam kemungkinan.
Tuesday, May 26, 2009
Ujian Itu Rahsia Allah SWT
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Sunday, May 10, 2009
HPA= Ummah?
- Adakah kalian tahu produk HPA banyak membantu para wanita dalam urusan harian agar seiiring dengan matlamat Islam?
- Adakah kalian sedar penggunaan produk Islam ini satu kewajipan?
- Adakah kalian terfikir produk Islam ini adalah salah satunya peluang untuk membantu mengurangkan penderitaan saudara kita di Palestin?
- Adakah kalian cuba membantu ahli keluarga untuk dekat dengan cara hidup Islam?
Friday, May 8, 2009
Coretan Khas
Saya dapat merasakan kesunyian dan kesepian yang dihadapi...
Hidup pasti diuji...
Hidup di dunia hanya sementara...
Hidup yang kekal abadi sedang menanti kita setelah kita mati.
Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi dengan dimulai dengan :-
1. Istifar.
2. Muhasabah diri.
3. Bangkitkan semangat dan harga diri yang telah jatuh merundum.
4. Yakin bahawa Allah amat menyayangi kita sebab itu ujian silih berganti datang kepada kita. Allah sebenarnya suka kita memohon, merayu, merintih minta pertolongan dari NYA.
5. Bukakan hati dan minda untuk berserah diri dan bertawakal kepada ALLAH.
6. ALLAH maha penerima taubat hambanya. ALLAH maha penyayang dan pengasih. ALLAH maha mengetahui yang nyata dan tersembunyi. ALLAH mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan berlaku kepada diri.
7. Bangkitlah semangat diri, berilah makan kepada roh yang sedang sakit itu dengan bertawakal, berzikir, bertaubat, dan merayulah, merintihlah, mohon kepada ALLAH. Pasti ALLAH bantu.
8. Kita hidup di dunia yang sementara ini, banyak2lah usaha atas agama, dunia datang kepada kita. Jika kita asyik usaha semata-mata untuk hidup di dunia, pasti kita merasa 0 ( kosong )-tiada ketenangan & kedamaian, yang ada hanya serabut segala dalam kepala & perasaan.
Sama-samalah kita saling bantu membantu, InsyaALLAH.
doa itu...
Thursday, April 23, 2009
Resipi: Tomyam Ayam Pedas;)
Bahan-bahan ( 3-4 org )
- ½ ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
- 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
- 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 sudu besar pes tom yam
- 4 helai daun limau purut
- 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
- 3-4 cawan air
- garam & perasa
- sedikit minyak
- sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
- Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
- Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
- Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
- Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
- TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
Selamat Mencuba..:)
satu masa & ketika..
Menjadi rutin adik adik saya akan mengingatkan kak shila kita puasa ya esk.....
Menjadi rutin saya juga akan berbaring dengan telekung kesayangan yang dihadiakan oleh Ibu teman ketika dahulu…
Hari ini saya mempakai telekung tgh hari sampai la ke petang… dan kdg terus ke malam…
Dalam enak menikmati hidup dengan telekung, sahabatku..kak leni membawa satu surat tawaran dari pejabat bendahari... UKM bangi.. aduiii saya dpt tempat praktikal di selangor…
Macamna dengan Labuan?
........ a'aaaa... saya simpan jauh2 keinginan itu semua labuan @ selangor.. tiba masa dan ketika.. akan saya langkah juga perjalanan ini... belajar dari kelemahan semalam... and last.... hanya padaNYA... ameen.
merenung di mana tujuan kuu....
lalu... saya cepat2 capai laptop...dan terbaca sebuah nurkilan sajak.. jom hayatiii....
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iingilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
salam Perjuangan..doakan ana yaa
:)
Tuesday, April 21, 2009
Derita Itu.. Kekuatan Ini..
Keperihatinan dan sumbangan anda semua amat diperlukan utk adik Khairul Aiman anak kepada Khairul Riaza Bin Khairudin, anak beliau dilahirkan pada 10/04/2008, mengalami sakit radang paru-paru yang serious sejak berusia 2 bulan dan sekarang berada di Hospital Besar KL. Beliau dan isteri terpaksa berhenti kerja memandang kekerapan berulang alik ke Hospital.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke
Khairul Raiza Bin Khairudin
No akaun Maybank berhad 162218438786
Alamat Rumah
Sungai Ramal Baru,
43000 Kajang, Selangor
No. Tel 019-3925059
Semoga Allah memberi keberkatan pada anda semua
Minta jangan putuskan e.mail ni, sampaikan pada hamba Allah lain…
keluarga ini amat memerlukan sumbangan dalam bentuk derma atau zakat.
p/s "
Ya Allah, berilah kekuatan kepada keluarga insan ini untuk menghadapi dugaanMu.."
Friday, April 3, 2009
Mujahidah Sejati
Saya tercari-cari identiti sebenar sebagai seorang muslimat, adakah kita asyik dengan gerak kerja, study tanpa sedari kita ada kewajipan yang masih perlu kita lakukan walaupun kita digelar sebagai petugas Islam.
Sebagai contoh, seorang anak, saya suka membawa kalian untuk memandang kembali kisah Saidatina Fatimah terhadap ayahnya, rasulullah… cukup mahal bagi saya apabila mendengar cerita disebalik seorang anak perempuan yang mampu berkorban dan memahami tanggujawabnya terhadap keluarga tetapi masih mampu menyokong ayahnya menyebarkan syariat islam...
Saya terus mengkaji dan bertanya, bagaimana peranan seorang isteri?? Pada masa yang sama dikelilingi dengan kerja-kerja islam yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan…
Ianya cukup berlegar difikiran saya…
Saya sempat menelaah sebuah buku Peribadi Wanita Salafussoleh, yang saya pinjam dari bekas ibu syarikat saya satu ketika dahulu..
Saya cukup kagum dengan semangat Asma’ Bte Yazid As- Sakan yang dikenali sebagai jurucakap kaum wanita pada zaman rasulullah s.a.w.
Antara ciri-cirinya
- Pejuang Islam
- Akal fikiran yang waras
- Petah berpidato
Asma sangat cemburu dengan kaum lelaki yang bebas ke
Moga menjadi peringatan kita bersama yang punyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan
Waallu’alam:)